1 Nov 2011

Ya Allah, kiranya RasulMu hidup berteman, kurniakan jua aku teman, tetapi biarlah teman dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq, biarlah teman dari pintu-pintu ilmuMu seperti Ali. Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan teman yang SATU (anda la tu  ) ini. Mungkin padanya ada segala yang tidak pernah aku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini. Dan sekiranya aku seorang teman yang tidak menghargai, KAU ampunkan dosaku dan KAU kurniakan kegembiraan kepada temanku ini:: -allahua’lam.